Saturday, May 26, 2018

Pilihan Layout Trading Platform

Contoh layout trading platform
Haii!

Hari ni saya nak kongsikan layout trading platform saya untuk buat pemilihan saham. Untuk platform MPlus, saya set-up bersama dengan maklumat fundamental agar saya boleh memilih untuk membeli saham-saham kaunter syarikat yang baik.

Bagaimana nak tau sesebuah syarikat itu baik atau tidak? Saya terangkan secara ringkas.

Sesebuah syarikat awam mesti mengeluarkan laporan kewangan. Jadi syarikat yang kukuh adalah syarikat yang sentiasa untung. Platform MPlus menyediakan maklumat ini, anda cuma perlu mengubahsuai menurut kesukaan anda.

Dalam platform saya, saya memilih untuk memaparkan maklumat berikut:

  1. Revenue - hasil pendapatan suku kewangan terkini 
  2. Net Profit - untung bersih dari suku kewangan terkini
  3. Last 4Q Net Profit - Untung bersih 4 suku terkini
Contoh maklumat fundamental


Dengan ini, saya akan memilih untuk membeli saham syarikat yang untung, berbanding dengan syarikat yang sedang rugi. Warna hijau atau merah sahaja sudah cukup bagi saya untuk membuat keputusan. Antara ketiga-tiga maklumat, jika saya perlu pilih satu sahaja, saya akan lihat Last 4Q Net Profit, kerana ini menunjukkan kadar keuntungan positif syarikat selama 4 suku kewangan, atau dalam jangkamasa setahun.

Jika diambil contoh saham syarikat SAPNRG, revenue syarikat lebih kurang RM5billion, tetapi syarikat telah mengalami kerugian sebanyak RM2.5billion dan 4 suku kewangan terakhir juga telah menunjukkan kerugian. Syarikat sebegini sebaiknya dielakkan, melainkan anda mempunyai pengetahuan berkenaan Technical Analysis, yang menggunakan carta harga untuk membuat keputusan membeli dan menjual saham dengan mudah.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, hubungi saya di kamarulTA@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Updates

Hello! Memperkenalkan, logo baharu kami!   Sedikit penjelasan berkenaan logo kami: Bull and Bear mewakili arah tuju pasaran, naik da...