Monday, April 30, 2018

KLCI week 17



Carta mingguan KLCI masih tidak dapat mececah 1900 walaupun telah menembusi halangan sebelum ini pada 1880 dan kelihatan melemah dengan indicator RSI semakin menurun, menandakan momentum telah berkurang sejak Februari 2018 selepas peningkatan mendadak dalam bulan Disember 2017 - Januari 2018. KLCI masih tidak menujukkan arah yang jelas dan didagangkan dalam channel yang kecil. Halangan terdekat ialah pada 1900 and sokongan ialah pada 1820 iaitu pada paras bawah channel. Jika indeks berjaya tembus paras 1900, maka pasaran saham berada dalam keadaan kekal bullish.


Carta harian pula menunjukkan keadaan pasaran masih lagi bullish tapi sedang melemah dengan indicator RSI menurun dan kini berada diparas 50%. Namun begitu, indeks masih lagi berada diparas atas moving average 50 hari, suatu penanda aras yang penting. Halangan penting pada 1875 dimana indeks telah mengundur beberapa kali setelah mencecah paras ini sebelum memecah paras tersebut sementara sahaja pada minggu ketiga bulan April dan turun semula ke paras bawah 1875. Indeks kelihatan berada dalam kawasan channel yang  sempit. Paras sokongan ialah pada 1850, dan jika paras ini ditembusi, maka indeks akan berada dalam keadaan bearish and berpotensi untuk menemui paras 1810.

Laporan ini disediakan oleh Kamarul Nizam. Beliau boleh dihubungi melalui email kamarulTA@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Updates

Hello! Memperkenalkan, logo baharu kami!   Sedikit penjelasan berkenaan logo kami: Bull and Bear mewakili arah tuju pasaran, naik da...